Monday, September 27, 2010

SENI ZAPIN MELAYU

Penjelasan Mohd. Seth itu pernah dialami sendiri oleh pengacara program Dansa di TV3 dan ntv7 Sasha Bashir, 29. Sasha berpeluang menemubual pencipta zapin Pulau yang hanya dikenali sebagai Pak Su Man. Memetik pengalaman Sasha dalam bukunya yang berjudul, Dansa: A Dance Journey, zapin jenis zapin Pulau diwujudkan berdasarkan hasil pemerhatian si pencipta itu terhadap gelagat dan gaya hidup penduduk pulau di daerah Mersing, Johor.

“Inilah keistimewaan zapin Melayu kerana tidak pernah lekang menyajikan bermacam-macam jenis tarian zapin yang mempunyai ragam tari yang unik dan menarik. Lazimnya, nama bagi setiap jenis tarian zapin diambil sempena nama kampung mahupun daerah yang menjadi saksi kepada pembentukan sesebuah tarian zapin ,” tutur graduan Ijazah (kepujian) Seni Persembahan dari West Australian Academy of Performing Arts.

Bicara Sasha, Pak Su Man mendapat ilham mencipta ragam zapin Pulau menerusi kesopanan tingkah laku manusia secara semula jadi. Salah satunya ialah situasi dua orang yang berjalan dan berselisih di lorong yang sempit. Bagi memudahkan keadaan, salah seorang akan memberi laluan kepada seorang lagi. Tindakan berkenaan telah diterapkan dalam zapin Pulau dan dikenali sebagai ragam serong.

“Tarikan zapin Pulau terletak pada elemen gerak tarinya. Semua penari akan berpasang-pasangan dan berselang-seli bertukar arah. Corak tariannya lebih kepada motif bunga,” ujar Sasha kepada Kosmo! yang gembira apabila tarian zapin mula menular di kalangan orang bukan Melayu.

Sementara itu, pelajar Diploma Tari Aswara, Kimberly Yap Choy Hoong menyifatkan proses pembelajaran tarian zapin satu pengalaman yang menyeronokkan. Jika sebelum ini dia hanya mengenali zapin menerusi tontonan di layar televisyen tetapi kini dia berpeluang mempelajari selok-belok tarian zapin.

“Pada peringkat awal saya mengalami kesukaran untuk menghafal ragam (bunga tari) tarian zapin yang terlalu banyak dan berbeza mengikut jenis zapin. Apatah lagi dalam tempoh berkenaan tubuh badan saya masih kaku dan kekok untuk menari dengan iringan muzik yang didendangkan. Jadi, bagi membuktikan kaum Cina juga berkebolehan mendalami tarian tradisional Melayu maka setiap pagi sebelum ke kuliah saya memperuntukkan 30 minit untuk menghafal alunan muzik zapin di dalam hati,” terang Kimberly yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.

Ternyata kaedah yang dipraktikkan itu membuahkan hasil. Dalam tempoh dua minggu saja muzik zapin sudah sebati dengan dirinya. Secara tidak langsung ia memudahkan tugasan Kimberly untuk menari mengikut alunan muzik zapin. Menariknya, kini Kimberly berjaya melunaskan tarian zapin mengikut tempo yang betul walaupun tanpa iringan muzik.

Jelas Kimberly, 19, meskipun tarian zapin sudah bertapak di Malaysia sejak kurun ke-14, namun dia mendapati zapin antara tarian klasik Melayu yang relevan dipersembahkan pada zaman ini. Kombinasi ragam lama dan baru serta suntikan muzik zapin yang lebih segar menjadikan tarian zapin semakin diminati setiap lapisan umur dan masyarakat.

Tambahnya: “Saya kagum acap kali melihat kumpulan penari cilik yang mampu menguasai tarian zapin dengan baik. Kesungguhan yang dipamerkan oleh mereka membuktikan bahawa tarian tradisional bukanlah sukar untuk dipelajari. Cuma ia perlu disusuli dengan usaha, minat dan sesi latihan yang sistematik.

SENI ZAPIN MELAYU

Dalam artikel ini, dikatakan seni zapin melayu ini merupakan wadah penyebaran islam. Kalau sesiapa tak tahu, wadah bermaksud dalam bahasa senang nya, sebagai medium atau cara. Jadi, adakah benar zapin melayu ini wadah penyebaran Islam? Aku pun tak berapa tahu tapi mari kita lihat dan faham dulu apa itu zapin melayu seperti di bawah. Sebelum itu, parameter-parameter yang korang kena ambil peduli semasa membaca artikel seni zapin melayu ini ialah, adakah ada pencampuran lelaki perempuan, adakah pemakaian mereka menutup aurat, adakah apa-apa pemujaan, perempuan yang menari zapin ini memakai tudung atau tidak dan apa-apa sahaja korang rasa nak tahu la…Seni zapin melayu – adakah sebagai wadah penyebaran islam atau hanyalah sebuah hiburan?

SETIAP malam selesai pak imam membaca doa, para jemaah lelaki tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya mereka meluangkan masa bersantai seketika di perkarangan halaman masjid. Usai pak imam yang mengetuai solat sebentar duduk di suatu sudut sambil memegang gambus sesetengah jemaah lelaki mula mengambil tempat di hadapan. Pak imam mula memetik gambus dan berqasidah dengan seni kata yang menyelitkan unsur-unsur keagamaan, budi pekerti dan puji-pujian kepada Tuhan, sementara golongan lelaki yang berdiri tadi bergerak mengikut alunan muzik.

“Inilah fenomena tarian zapin pada kurun ke-14 yang lalu. Ia kerap dimainkan selesai solat Isyak dan merupakan antara agenda hiburan yang popular bagi mengisi waktu malam yang terluang. Dahulu orang tak kata menari zapin, tetapi main zapin. Selain itu aktiviti main zapin ini langsung tidak melibatkan golongan wanita kerana tarian ini berasal daripada tradisi kesenian masyarakat Arab dari Yaman. Seperti yang kita tahu di sesetengah negara di Asia Barat wanita tidak mempunyai kebebasan seperti orang lelaki,” jelas Pensyarah Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Mohd. Seth Hamzah mengenai pengaruh zapin yang mula meluas di Tanah Melayu menerusi kedatangan mubaligh dan saudagar Arab.

Secara am, zapin bermaksud pergerakan dan langkah kaki dengan posisi kaki tertutup serta merendahkan kaki sedikit. Kebanyakan posisi badan akan bergerak bak ombak. Bagi posisi tangan pula si penari mengamalkan gerak tari yang bermotifkan pekerjaan yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Antaranya motif mendayung, memetik bunga atau tangan kanan mahu pun kiri berada di bahu. Di Johor, zapin atau dalam bahasa Arab al-zalfin atau zafana terdapat dalam dua bentuk zapin yang mempraktikkan gerak tari tersendiri. Ia ialah zapin Melayu dan zapin Arab.

“Sebelum ini mudah saja untuk menentukan antara tarian zapin Melayu atau zapin Arab. Umumnya, tarian zapin Melayu ditarikan oleh orang Melayu manakala orang Arab menari zapin Arab. Tapi kini, kebanyakan masyarakat tempatan sudah beralih dan serius menari zapin Melayu berbanding zapin Arab. Zapin Melayu mempamerkan ragam yang lebih lembut berbanding zapin Arab kerana penari zapin Arab menari dengan bukaan, langkah yang lebih luas, tinggi dan gagah,” tutur Mohd. Seth bahawa golongan wanita mula terlibat dalam tarian zapin lewat 1960-an.

Tambah Mohd. Seth, tarian zapin kerap dijadikan wadah menyebarkan Islam menerusi lagu-lagu berunsurkan keagamaan. Tarian itu juga terdiri daripada bermacam-macam jenis. Jenis-jenis zapin itu pula diberi sempena nama kampung atau daerah asal pembentukan zapin.

Sunday, July 18, 2010

DEFINASI SENI

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis
dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.
•Manakala seni, II: membawa maksudkarya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan,dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Seni juga boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud atau pengertian kebolehan mencipta
sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya yang indah-indah belaka.
•Menurut Ensiklopedia Malaysian (1996:453),
ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancaindera
manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran.
Menurut buku M.A.J. Beg, Fine Arts in Islamic Civilization (1981:10): menyatakan seorang pemikir Islam iaitu Imam al-Ghazali memperkatakn bahawa, “seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan” ia lahir daripada diri sendiri dan tidak untuk yang lain.
•Beliau menjelaskan lagi bahawa terdapat kecantikan dalaman yang diterangkan berdasarkan beberapa penjelasan seperti kefahaman mendalam terhadap seni Islam.
Art : ‘The production of something beautiful: skill or ability in such work.
Works such as paintings or sculptures produced by skills.’
(The Oxford Paperback Dictionary, 1989 :40)
Menurut Ibn. Khaldun pula, “ seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika.”•Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan kehalusan
George Kubler : “Marilah kita anggap bahawa gagasan seni itu boleh diperbesarkan batasnya demi merangkumi semua dan segala benda yang dibuat oleh manusia, termasuk alat-alat dan tulisan, di samping benda-benda yang indah, puitis dan juga benda-benda