sukmawarisansmkbt6

Saturday, July 28, 2012

30/6/2012 PERSEMBAHAN KOMPANG & FORMASI DI HARI 5 DLM 1 SMK BANDAR T6 KLUANG























































Posted by Zuria Hussain at 2:56 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Popular Posts

  • 21/6/2012 PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012
    Tarikh:      21 Jun 2012 ( Khamis ) Tempat:    Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin Endau Mersing Joh or Masa:       8.00 pagi hing...
  • SENI ZAPIN MELAYU
    BUSANA ZAPIN Bagi penuntut jurusan Diploma Tari Aswara, Nur Azreen Nizar, 19, tarian zapin kurang menekankan aspek kelembutan pada jari-jema...
  • WHAT;S THE HISTORY OF ZAPIN
    HISTORY OF ZAPIN IN JOHORE Long time ago, after Malacca was invaded by Portugese, the Sultan and his people moved to Johore with the Malay-I...
  • Johan Karnival Zapin Johor Sekolah-Sekolah Daerah Kluang
  • PERSEMBAHAN ZAPIN & KOMPANG SEMPENA KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA SMK BANDAR T6 2011

Bagaimana pandangan anda tentang blog ini?

JOHAN PERTANDINGAN ZAPIN & ETNIK 19 JUN 2010 di Rengit Batu Pahat

JOHAN PERTANDINGAN ZAPIN & ETNIK  19 JUN 2010 di Rengit Batu Pahat

ASAS PENGENALAN RENTAK----RENTAK TRADISIONAL MALAYSIA


Pengenalan

Hampir semua seni dan muzik tradisional Malaysia berasal dari negaranegara luar Malaysia. Oleh kerana itu tidak hairanlah elemen-elemen
muziknya mempunyai persamaan dengan elemen muzik yang terdapat di
luar negara. Antara yang banyak mempengaruhi muzik tradisional di
Malaysia ialah Arab, India, kerajaan-kerajaan lama di Indonesia. Misalnya
alat muzik dhol dan gambus yang digunakan dalam ghazal serupa dengan
alat muzik di India dan Arab. Muzik gamelan hampir serupa dengan
gamelan di Indonesia.
Rentak ialah pola irama tertentu yang dikenali dan dipersetujui dalam satu
budaya. Pola irama ini dimainkan berulang-ulang menggunakan kombinasi
pelbagai alat muzik bertujuan mengiringi melodi lagu. Rentak tradisional
Malaysia juga dikaitkan dengan pelbagai rentak yang dibawa masuk ke
Malaysia (Tanah Melayu) melalui pelbagai cara termasuklah perdagangan
(contohnya Zapin oleh ahli perniagaan Arab), lawatan-lawatan (contohnya
Ghazal dari Riau yang dibawa masuk oleh pembesar Johor) dan
penghijrahan (contohnya muzik Gamelan, Wayang Kulit, Caklempong dll
yang dibawa masuk oleh orang Jawa ./ Minang, Indonesia ) dan Wayang
Kulit yang dibawa masuk oleh orang Patani (Thailand) di Kelantan.

Rentak Asli
Merupakan rentak bertempo lambat. Ia bersesuaian dengan fngusinya bagi
mengiringi lagu asli (juga dikenali dengan lagu “nasib”). Alat muzik yang
sering digunakan menguringi lagu rentak Asli ialag gong dan rebana
manakala melodinya dimainkan oleh alat muzik biola, akordian dan gitar.
Terdapat dua ton paluan dimainkan menggunakan rebaba iaitu tak, bung
dan gong.
Rentak ini adalah berasaskan pola irama dua bar dimana bar pertama
sering mengalami improvisasi mengikut kreativiti pemain rebana dan bar
kedua pula berfungsi untuk membawa balik atau mengawal pola irama yang
telah diimprovisasi tadi. Lihat contoh irama bar 1 yang mengalami
improvisasi dalam bar 3 dan 7. Walau bagaimana pun, improvisasi yang
dibuat tidak keterlaluan hingga seolah-olah “mengganggu” melodi lagu
samada yang dinyanyikan atau dimainkan menggunakan alat muzik. 2

Rentak Inang
Rentak Inang sesuai digunakan mengiringi lagu rancak dan mempunyai
tempo yang agak cepat. Pola irama rentak Inang pada asasnya
menggunakan pola rentak satu bar. Namun begitu, biasanya pemain akan
membezakan sedikit irama bar kedua, tujuannya supaya rentak ini tidak
menjemukan. Lihat penggunaan ton “gong” pada detik pertama bar pertama
berbanding ton “bung” pada detik pertama bar kedua.
Pola irama asas rentak Inang adalah seperti berikut
Nota : Pola irama dalam bar 4 adalah improvisasi / kreativiti pemain
rebana. Ia sesuai dimainkan sebagai penanda sesuatu seksyen akan tamat
atau sebagai penanda untuk memulakan seksyen baru. 3
Rentak Inang juga boleh dimainkan seperti berikut.
Inang Cina merupakan improvisasi dari rentak Inang. Biasanya, rentak ini
menggunakan tempo yang lebih cepat. Rentak ini juga dikenali dengan
rentak Cak Kun Cak. Berikut adalah pola irama rentak Inang Cina yang
sering dimainkan mengiringi lagu Inang yang rancak.
Catatan : Rentak Inang Cina / Cak Kun Cak ini sering ditulis menggunakan
tanda masa 2/2.

Rentak Zapin
Rentak Zapin sering dimainkan mengiringi nyanyian dan tarian Zapin.
Rentak Zapin dikatakan berasal dari bandar Hadratulmaut (wilayah selatan
Semananjung Arab) dan dibawa ke Gujerat, India sebelum dibawa masuk ke
Tanah Melayu oleh pedagang Arab dan India.
Rentak asas Zapin adalah seperti berikut. Seperti biasa, sedikit improvisasi
dimainkan sebelum menamatkan seksyen lagu atau memulakan seksyen
baru dalam sesebuah lagu. 4
Gendang Silat
Terdapat pelbagai versi gendang silat yang berbeza. Antara pola irama asas
yang sering dimainkan ialah seperti berikut. 5

Rentak Masri
Berasal dari Timur Tengah
Pola irama rentak asas Masri.
Contoh pola irama imrovisasi rentak Masri.

Rentak Joget
Dikatakan mempunyai kaitan dengan tarian Jingli kaum Portugis. Mengikut
bunyi, pola irama rentak Joget adalah seperti berikut.
Namun dalam penulisan notasi, lagu-lagu rentak ini ditulis menggunakan
meter duaan atau empatan seperti berikut.



Total Pageviews

Persembahan di Hari Anugerah Cemerlang SMK Bandar T6 Kluang 2010

Persembahan di Hari Anugerah Cemerlang SMK Bandar T6 Kluang 2010

PERSEMBAHAN ZAPIN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

PERSEMBAHAN ZAPIN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

OBJEK WARISAN TAK KETARA: JOGET MELAYU





Latar Belakang Sejarah :
Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian
Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi
lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang
banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang
Laut,Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain.
Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada
perkataan wrong geng kerana ditarikan secara
berpasangan lelaki dan wanita.
Dalam tarian ini, gerak-geri kaki amat dipentingkan
berbanding gerakan tangan. Sungguhpun begitu,
gerakan dalam tarian ini sangat mudah ditarikan dan
kerana itulah tarian ini begitu popular sebagai
tarian sosial.

BELAJAR JOGET

Setiap pasukan yang akan bertanding, mula2 sekali mesti membaca dan mengkaji syarat pertandingan terlebih dahulu. Ada 4 perkara utama yang perlu dituju iaitu
1. Tema/konsep - sama ada Rampaian Tradisional, Rampaian Kontemporari, Etnik Kreatif, Etnik Tradisional, Rampaian berbilang bangsa (1 Malaysia contohnya), opening, finale, sambutan, dsbg..
2. Masa Pertandingan - minit bagi setiap pasukan.
3. Jumlah Peserta dalam satu pasukan
4. Muzik iringan - sama ada minus one, plus one atau lagu nyanyian dsbg

Setelah faham 4 perkara tersebut baru boleh mula melatih budak dancer itu. Nak latih ikut kreativiti dan kepandaian jurulatihla. Nak tips? ok pilih cara mana nak mula melatih seperti berikut..:
1. Memulakan latihan pembelajaran 'bunga tari' dan kiraan 8 /4 (kebiasaannya) tanpa muzik. Habiskan dulu 5 atau 6 bunga tari asas kemudian serasikan dengan muzik iringan dan seterusnya membuat pola lantai, atau;
2. Memulakan latihan dengan pembelajaran 1 'bunga tari' dan kiraan 8 /4 dengan muzik, sehingga habis satu lagu, kemudian baru tambah 1 bunga tari lagi, muzik lagi, dan seterusnya pola lantai, atau;
3. Buat terus 'bunga tari', kiraan, dan pola lantai tanpa muzik sehingga siap satu jenis tarian, kemudian baru pasang muzik, atau;
4. Buat terus 'bunga tari', kiraan dan pola lantai dengan muzik sekali sehingga siap satu jenis tarian (untuk penari profesional sahaja) , atau ;
5. Ikut suka hati koreografila...
___________________________________________________________________

PEMARKAHAN
inilah topik kita sebenarnya pada hari ini. Nak ulas ni. Kepada sesiapa yang pernah jadi pengadil berat sebelah tu jangan marah ya....teruskan.

1. Koreografi Dan Keaslian Tari
- Koreografi dalam konteks ini ialah cara seseorang jurulatih tari itu membawa naik tema tersebut ke atas pentas. Biasanya setiap seorang koreografer itu mempunyai stailnya yang tersendiri. Dan dalam kalangan penggiat seni tari boleh mengenal stail ini siapa punya, stail itu siapa punya gitu. Dalam pertandingan sedemikian rupa, cara untuk menilai koreografi ialah dengan melihat keseluruhan persembahan iaitu cantiknya di mana, kagumnya di mana, keserasiannya di mana, gabungan antara tarian serasi tak, jalan cerita muziknya bagaimana, adakah bermula dengan muzik tempo perlahan ke tempo laju atau sebaliknya. Yang pasti koreografinya sempurna atau tidak cukup latihan.

- Keaslian tari pula ialah merujuk kepada 'bunga tari' secara total. kita ambil contoh tarian joget. Bunga tari joget yang paling asas ialah jogetla... kaki kanan ke depan kemudian kembali di tapak, seterusnya kaki kiri ke belakang kemudian kembali ke tapak, sementara tangan bersilang dengan kaki, bila kaki kanan ke depan, tapak tangan kiri menghadap ke atas dan tapak tangan kanan menghadap ke bawah, tangan berada paras hempedu / abdomen (antara dada dan perut) ke depan, manakala badan dalam keadaan bongkok sedikit ke depan, bend(bengkok lutut sedikit) dan tonggek. Itu joget. Tapi adakah anda tahu berapa jenis joget yang ada di Malaysia. Boleh tak kita katakan semua joget itu sama dan boleh digabungkan ikut suka hati. Tak jadi. Biar saya kata begini. Tidak ada percampuran gerak dalam tarian rampaian tradisional. Kalau kontem atau kreatif pasti boleh. Pengadil mesti tahu bezakan antara Joget Asli, Joget Jawa, Joget Minang, Joget Sarawak dan Joget Lambak kerana secara total bunga tarinya tidak sama, walaupun asasnya sama. Itulah keaslian tari. Tidak boleh campur Zapin Pulau dengan Zapin Parit Mastar, Zapin Bunian, Zapin Pekajang dan sebagainya dalam tari rampai, kecuali rampaian Zapin. Kalau inang pula, Inang Asli, Inang Cina dan Inang renek memang berbeza bunga tarinya. Maka sila lihat betul-betul.

- Jika pengadil berpengalaman, mereka akan tahu dan boleh menyebut setiap nama bunga tari yang ditarikan oleh peserta.

2. Koordinasi Muzik Dan Pergerakan
- Koordinasi muzik dan pergerakan ialah keserasian antara muzik dan pergerakan bunga tari dan pola lantai. Kebiasaannya kita dengar ada bunyi gong pada setiap beat kelapan lagu melayu tradisional spt contoh : tak tak - tung tung tung - tak- tung - (tung) gong. Bilamana gong itu berbunyi, di manakah point kaki dan tangan penari. betul tak tempatnya. kiri atau kanan. itu jika dilihat secara detail. tapi takkan ada pengadil buat begitu kerana muzik iringan adalah terlalu laju. Cuma perlu lihat secara keseluruhannnya sahaja. Kalau saya, saya lihat begitulah.

- dan lagi, sesuai tak muzik tersebut dengan gerakan bunga tari. Kita ambil contoh lagu ghazal dengan tarian zapin. Kita boleh trace, pada permulaan lagu ghazal ada petikan gambus sahaja, maka penari masuk secara 'sudi' (macam nak melintas depan nenek tu). Kemudian muzik rolling (tak tau apa namanya), maka penari membuat bunga tari 'kopak'. seterusnya muzik nyanyian biasanya pantun, maka penari membuat tarian asas dan ragam / bunga tari - asas, belanak, ayam patah, titi batang dsbg. Jika pada masa muzik rolling, penari membuat asas, memang tak patut kerana masa itu hanya kopak boleh digunakan. Begitu juga jika pada waktu muzik permulaan gambus itu penari terus membuat langkah asas atau titi batang, memang tak padan. Potong markah.

- koordinasi muzik biasanya bermula dengan lagu yang perlahan temponya, di ikuti yang sederhana kemudiannya laju. markah kemenangan pasti ada di situ. Boleh cuba tempo sederhana-perlahan-laju. Jangan pula buat laju-sederhana-perlahan, memang boring. Markah jangan katalah kalau gitu.


- Keseragaman pergerakan adalah perkara utama dalam sesuatu pertandingan tarian ini.

3. Pecahan Tari dan Pola Lantai
- Pecahan tari ialah kesinambungan bunga tari dan ragam (ini saya pun kurang pasti). Gabungan atau perubahan gerak dari satu bunga tari atau ragam ke satu bunga tari yang lain. Kena/sesuai tak dengan muzik iringan ketika itu. Ada ketikanya kita lihat pasangan lelaki dan perempuan menarikan bunga tari yang berbeza dalam satu masa, ada masanya mereka menarikan serentak bunga tari itu. Itu mengikut kreativiti jurulatih tari.


- Pola Lantai (spacing) bermaksud 'kedudukan dan pergerakan' penari di atas pentas. Pola lantai ini ada bermacam-macam bentuk mengikut jumlah pasangan penari. Perkara yang perlu diambil kira ialah keseimbangan kedudukan peserta di atas pentas dan keseragaman kedudukan peserta di atas pentas. Sila Lihat Gambar rajah di bawah :


- Maka bila dah lihat gambar tersebut, kiranya kita tahu apa itu pola lantai. Perlu dilihat juga, bunga tari apa dan ke mana penari itu bergerak, pola lantai apa. Bagaimana mereka menukar pola lantai tersebut dengan ragam tari bagaimana. so stay tuned..


4. Kesantunan
- Kesantunan atau kesopan-santunan atau adab di atas pentas. Berikut adalah antara syarat dan pantang larang yang harus diikuti oleh peserta;

a) Cara masuk mestilah dalam keadaan lemah lembut dan bersopan bagi tarian tradisional. Bagi Kreatif kontemporari takpe.
b) Senyuman penari mestilah tidak menampakkan gusi atau keseluruhan gigi.
c) Tiada sebarang bunyi suara penari yang dikeluarkan (untuk pertandingan sahaja), sama ada hap, hup, kopak, wainap, hak dsbg.
d) ketiak penari perempuan tidak boleh dibuka luas. 'bayangkan kepit telur di celah ketiak jangan bagi jatuh sepanjang persembahan'. (tradisional sahaja).
e) kaki penari perempuan tidak boleh sama sekali 'terkangkang'. Jika perlu mengangkat kaki, hujung jari kaki mesti tidak terlalu jauh dari lantai pentas (kira2 2 atau 3 inci dari lantai.
f) Penari lelaki, mesti mengepak atau ketiaknya terbuka luas. GAGAH.
g) Tidak boleh sama sekali membelakangi (buntutnya menghadap ke depan pentas) pengadil atau penonton. Di bolehkan jika cuma seorang dua, tetapi bukan sekumpulan ( contohnya ragam tari bulatan). Ambil alternatif secara sisi atau 35 darjah.
h) Tiada sentuhan terus ke badan pasangan. Jika menggunakan props boleh.
i) give & take mesti ada. Pasangan mesti berkomunikasi di atas pentas melalui mimik muka, bukan suara.
j ) Cara keluar yang bersopan dan tertib, mengikut giliran.


5. Busana Dan Tatarias.
- Busana ialah pakaian atau kostum termasuk props, manakala tatarias ialah make-up dan aksesori lain termasuk sanggul, rambut atau tudung.


- Busana dan tatarias adalah sangat penting berserasi dengan tema dan konsep tarian. Jika tarian TRADISIONAL, maka pakaian dan solekan termasuk aksesori adalah sederhana dari segi warnanya dan jumlahnya. tarian seperti joget, inang, zapin, asli, canggung dan sebagainya itu ialah tarian rakyat, maka tiada konsep kepelbagaian warna dan vogue. Betul-betul tradisional - pakaian warna lusuh dan pudar, aksesori cucuk sanggul emas atau silver, atau bunga di kepala sahaja, dengan kain songket bunga tabur atau kain basahan sahaja.


- Jika tarian kreatif atau kontemporari, busana dan tatariasnya dibolehkan vogue gitu, warna yang menyerlah, aksesori yang bertimbun, props yang mega dsbgnya.


- make-up, perlu diambil kira. Adakah make-up seperti opera cina, atau seperti tak pakai make-up. Tipsnya mudah. Memang beza jika kita lihat solekan ke Pasaraya, solekan pentas, solekan persembahan padang, solekan kontemporari. jika tradisional, cukup dimulakan dgn foundation, badak asas, eye shadow, blusher pink cair, bulu mata palsu, gincu pink dan pelembap bibir (untuk lelaki) , pensil kening jika perlu.


6. Muzik
- bukan nak kata. Muzik itu sangat penting. Jika syarat kata audio cd maka jangan bawa pita kaset atau cd karaoke atau mp3. Buat lambat pasukan lain jew. Perkara ini biasa terjadi. Nak guna muzik dah establish bole. kalau kaya boleh guna pemuzik untuk re-arrangement lagu baru atau gubah semula muzik ikut yang koreografi nak. tak salah. tapi jika dalam syarat tu kata "Minus One", tolonglah jangan bagi markah jika mereka pula bawa muzik yang ada orang nyanyi dalamnya. Begitulah sebaliknya.

- Bila mana dalam syarat menyatakan 2 buah lagu sahaja, maka 2 buah lagu sahaja. Tidak boleh sama sekali membuat opening ambil sedikit lagu A, Muzik sebenar Lagu B dan C, kemudian closing lagu D. Jika begitu maka didapati melanggar syarat kerana dah jadi 4 lagu.
-Sekiranya dalam 1 lagu itu ada 2 bahagian (seperti lagu ghazal atau cinta sayang) iaitu bahagian tempo laju dan perlahan, maka itu dianggap masih 1 lagu, jadi tidak ada masalah.


Ambang Aidil Fitri 2010

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Sehari lagi, kita akan menyambut 1 Syawwal, di mana kita merayakan Aidilfitri.

Aidilfitri adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan berpuasa.

Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini.

Allah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang beriman. Kita perlu merasakan hakikat nikmat Allah yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini.

Betapa agungnya Aidilfitri jelas dilihat apabila Rasulullah saw melarang umatnya (haram) daripada berpuasa pada hari itu.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka daripada Ramadan (Aidilfitri).” (Hadis Riwayat Muslim).

Kenikmatan berhari raya hanya dapat dirasakan oleh orang yang berpuasa Ramadan dalam erti kata sebenar saja. Maksudnya, orang yang melaksanakan ibadat puasa semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah.
Bukan mulut mereka saja berpuasa, malah anggota badan lain seperti telinga, mulut, hidung dan mata dipelihara daripada melakukan perkara keji dan kotor.

Orang yang hanya sekadar “puasa-puasaan” atau tidak berpuasa dengan sengaja tanpa sebab dibenarkan syarak, bagi mereka hari raya tidak mempunyai sebarang erti dan nilai.

Sesungguhnya, kegembiraan berhari raya itu bukan diukur dan bergantung kepada kehebatan pakaian atau hiasan serta banyaknya makanan pada hari raya. Ia terletak kepada sejauh mana bertambahnya ketakwaan dan keimanan seseorang itu.

Kedatangan Aidilfitri hendaklah disambut dengan ucapan takbir dan tahmid. Takbir dan tahmid yang kita ucapkan pada malam dan pagi hari raya mengandungi dua makna. Pertama, menyambut kedatangan Syawal yang mulia dan kedua, menunjukkan kesedihan di atas pemergian Ramadan al-Mubarak.

Dalam kemeriahan menyambut hari raya, janganlah sekali-kali dilupai orang yang tidak berkemampuan. Sebagai tanda mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, berilah bantuan kepada mereka dan binalah persaudaraan Islam sejati.

Kedatangan 1 Syawal tidak seharusnya dicemari dengan hiburan yang melampaui batas. Sebaliknya, perayaan Islam dimulakan dengan takbir dan tasbih memuji dan menyucikan Allah.

Rasulullah menyarankan agar umat Islam menyambut hari raya ini dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis Riwayat al-Thabrani).

Laungan takbir yang berkumandang di seluruh pelusuk tanah air, pasti menyejukkan jiwa. Ia akan kembali menenangkan fikiran, melapangkan hati untuk bermaafan, menjalin dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang lama terjalin sesama umat Islam.

Semoga Allah menerima puasa kita, solat kita, doa kita dan semua amalan kita. Semoga Allah membantu kita untuk meneruskan amalan-amalan ini secara berterusan sepanjang tahun; biarpun sedikit sebagaimana di dalam hadis Aisyah (ra) yang berkata yang maksudnya: “Ditanya Nabi (saw) tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Wabillahi taufik wal Hidayah.

My Playlist


SUKMA WARISAN BANDAR T6

SUKMA WARISAN BANDAR T6

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (7)
    • ►  September (2)
    • ▼  July (1)
      • 30/6/2012 PERSEMBAHAN KOMPANG & FORMASI DI HARI 5...
    • ►  June (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2011 (21)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (20)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  September (6)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)

About Me

My photo
Zuria Hussain
Kehidupan ini mengajar diri ku supaya lebih bersabar dalam menghadapi sebarang dugaan tetapi siapa lah diri ku di banding dengan mereka yang berilmu tinggi bergelar ahli syurga. Dugaan ini ku cuba lalui dengan penuh keredhaan kerana ku tahu keluhan ini mengurangkan nilai kesabaran ku di sisi Yang Maha Berkuasa.
View my complete profile
Ethereal theme. Theme images by compassandcamera. Powered by Blogger.