Saturday, July 30, 2011

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN AL MUBARAK


Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan".

Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas
menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.

Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan.

Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh
telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan
atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci
segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih
baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka
sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia
dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala
dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Marhaban Ya Ramadan.

Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.

سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر